Masak 3 sudu oat dengan 2 cawan air, lebih kurang 5 minit, oat akan kembang dan cukup masak. Sendukan oat ke dalam mangkok dan biarkan 5 minit supaya panasnya kurang sedikit. Potong dadu sebiji buah apel hijau atau strawberry atau pisang dan taburkan atas oat tadi, kalau nak tambah kekacang seperti badam atau nak taburkan kismis untuk tambah rasa pun boleh juga....makan sarapan anda perlahan-lahan sambil menikmati suasana indah pagi minggu atau untuk hari bekerja sarapan ini juga sesuai kerana ia cepat di sediakan...ingat!! lepas tu jangan pula minum teh tarik, minumlah teh O atau kopi O kurang manis, amalkanlah bersarapan secara sihat dah segar agar hari anda lebih ceria dan bergaya...selamat mencuba*
Bina Badan Sihat & Bergaya
Blog of Mr.KL / Malaysia ( Light Fly Weight )
Saturday, 22 January 2011
Thursday, 20 January 2011
NAK JADI BODYBUILDER?...DAH CUKUP UMUR KE?.....
Berapakah umur yang paling sesuai untuk mula menjadi seorang ahli Bina Badan?. Dari bacaan saya, kebanyakan buku berbahasa English mengatakan 16 tahun adalah umur yang sesuai, tetapi pendapat peribadi saya, bagi kita di Malaysia umur 18 tahun adalah waktu terbaik untuk mula menceburi bidang sukan ini.
Sunday, 16 January 2011
SUPERSETS UNTUK SUKAN BINA BADAN
Semakin lama anda bersenam di gym anda dapati semakin sukar untuk anda menambah kekuatan atau pun saiz otot, ini sering berlaku kepada ahli sukan Bina Badan ia dipanggil " Plateous" atau pendataran dalam prestasi. Disinilah SUPERSETS memainkan peranan memberi kelainan bagi mengelakan pendataran prestasi akibat tindabalas semulajadi badan kepada rutin latihan yang sama dan berulang-ulang.
Saturday, 15 January 2011
Saturday, 8 January 2011
Adakah anda gemuk?..kurus?..atau OK je..
Body Mass Index ( BMI )
BMI adalah pengiraan berat badan berbanding tinggi bagi mengketogarikan sama ada seseorang itu berbadan kurus, gemuk atau pun normal. Walaupun ia bukanlah peratusan sebenar lemak di dalam badan, BMI secara umumnya boleh digunakan sebagai panduaan bagi mengenalpasti sama ada seseorang itu mengalami masalah berat badan atau pun tidak.
BMI adalah pengiraan berat badan berbanding tinggi bagi mengketogarikan sama ada seseorang itu berbadan kurus, gemuk atau pun normal. Walaupun ia bukanlah peratusan sebenar lemak di dalam badan, BMI secara umumnya boleh digunakan sebagai panduaan bagi mengenalpasti sama ada seseorang itu mengalami masalah berat badan atau pun tidak.
Friday, 31 December 2010
KOLESTEROL
Kolesterol merupakan sejenis lemak seperti lilin yang dihasilkan oleh hati secara semulajadi untuk melindungi saraf, menghasilkan membran dan beberapa jenis horman. Tetapi kolesterol berlebihan akan melekat pada dinding arteri dan membentuk plak yang mengakibatkan penyakit arteri koronari (jantung). Kebanyakan kolesterol dihasilkan oleh badan kita, hanya sebahagian datang daripada sumber makanan seperti telur, daging dan hasil tenusu.
Subscribe to:
Posts (Atom)