Pages

Friday 31 December 2010

KOLESTEROL

Kolesterol merupakan sejenis lemak seperti lilin yang dihasilkan oleh hati secara semulajadi untuk melindungi saraf, menghasilkan membran dan beberapa jenis horman. Tetapi kolesterol berlebihan akan melekat pada dinding arteri dan membentuk plak yang mengakibatkan penyakit arteri koronari (jantung). Kebanyakan kolesterol dihasilkan oleh badan kita, hanya sebahagian datang daripada sumber makanan seperti telur, daging dan hasil tenusu.

Resipi Sos Tomato & Pasta Kurangkan Berat Badan


Khasiat Tomato

Tomato mengandungi  zat besi, fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan garam mineral yang penting untuk kecergasan dan kesihatan tubuh badan kita. Tomato yang kaya dengan zat A, C & astrogen dapat mencerahkan kulit kusam, mengecilkan liang roma dan menghapuskan minyak berlebihan di kulit. Pigmen merah pada kulit tomato mengandungi " lycopene" yang dapat mengurangkan risiko barah terutama barah prostat untuk orang lelaki dan sakit jantung. Tomato yang bersifat alkali mampu mengimbangi PH badan bagi mengelakkan sakit kepala, keletihan, susah tidur, sudah hadam, sakit otot dan sendi terutamanya di lutut. Kandungan air yang tinggi dalam buah tomato baik untuk mengalirkan toksin keluar dari badan ketika berdiet. Sifat anti-oksidan semulajadi tomato dapat membantu memulikan sel dan tisu, melancarkan aliran darah, menghalang pembengkakkan dan radang, anti bakteria, anti virus, pelindung alahan dan menambah kekuatan dan keanjalan salur darah. 

Sunday 26 December 2010

KESALAN SEORANG JUARA


Masa tu, lagi seminggu aku nak bertanding Mr.KL 2004. Sebagai juara bertahan tekanan memang terasa sangat. Diet 100% no nasi, no gula , no garam & no minyak....high protein & buah-buahan je...Latihan superset & kadio di gym memang amat-amat meletihkan. Seminggu sebelum bertanding adalah waktu kritikal seorang bodybuilder, maklumlah dah diet 9o hari, masa 7 hari terakhir terasa amat lama. Hanya kekuatan mental menentukan kalah atau memang, maju atau undur diri. Masa ini keluarga dan kawan-kawan yang memang dah faham tak akan ajak bersembang ...

PIKUL ANAK LEMBU UNTUK OTOT YANG KUAT

Sebuah kisah menceritakan pada zaman dahulu seorang ahli gusti bernama Milo telah menemui cara unik untuk meningkatkan kekuatan dan kecergasan badan. Beliau telah memikul seekor anak lembu sejauh 200 ela setiap hari, semakin anak lembu itu membesar semakin bertambah kekuatan Milo.

SARAPAN SIHAT & SEDAP

Masak 3 sudu oat dengan 2 cawan air ( jangan guna oat segera, guna je oat biasa) lebih kurang 5 minit, oat akan kembang dan cukup masak. Sendukan oat ke dalam mangkok dan biarkan 5 minit supaya panasnya kurang sedikit. Potong dadu sebiji buah apel hijau atau strawberry dan campurkan dengan oat tadi....sekarang anda boleh nikmati sarapan yang sihat dan sedap....ingat!! lepas tu jangan pula minum teh tarik, minumlah teh O atau kopi O kurang manis agar badan anda sihat dan bergaya...selamat mencuba* napiKL

Saturday 25 December 2010

NAK BADAN SIHAT BERGAYA...? JALAN-JALANLAH DI BLOG SAYA

Masa berlatih gym, adalah menjadi perkara biasa jika ada yang datang bertanya berkenaan teknik latihan & cara pemakanan. Soalan biasa yang aku dengar dari budak-budak lelaki adalah, " Macam mana nak besarkan badan?" biasanya aku akan bertanya semula, sajalah nak sakat budak-budak tu," Kenapa nak besarkan badan, nak jadi gajah ke?".

SEJARAH BINA BADAN

Pada zaman dahulu, Seni Bina Badan adalah MISTERI.....hanya mereka yang mempunyai kekuatan semulajadi mampu menceburi bidang ini. Peralatan latihan hanyalah terdiri dari besi-besi yang berat dan besar, tiada unsur sains yang digunapakai semasa latihan mahupun pemakanan.