Penyakit buah pinggang adalah merupakan pembunuh senyap!!!. Tanda-tanda dan gejala-gejala hanya muncul pada peringkatan yang serius. Ujian dan pemeriksaan awal adalah penting jika anda berada di dalam golongan berisiko tinggi.
Diabetes ialah keadaan di mana pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau insulin tidak di gunakan secara berkesan. Ketidakseimbangan insulin mengakibatkan paras gula dalam darah meningkat, akhirnya akan merosakkan organ-organ di dalam badan.
JENIS DIABETES
Diabetes jenis I
- Berlaku terutamanya dikalangan orang muda berumur 20 tahun ke bawah.
- Disebabkan oleh kegagalan pankreas untuk menghasilkan insulin atau terlalu sikit insulin di hasilkan.
- Mereka memerlukan suntikan insulin.
Diabetes jenis II
- Biasanya berlaku di kalangan dewasa berumur 30 tahun ke atas.
- Badan tidak dapat mengunakan insulin dengan secara berkesan.
- Dapat dikawal melalui makanan, senaman dan/atau ubat-ubatan.
- Berkait rapat dengan kegemukan dan gaya hidup yang tidak aktif.
TANDA-TANDA DAN GELAJA-GEJALA DIABETES
- Kencing kerap
- Selalu dahaga
- Letih
- Penurunan berat badan tanpa sebab
- Perubahan penglihatan secara tiba-tiba
- Kebas pada tangan atau kaki
- Luka yang lambat sembuh
FAKTOR-FACTOR RISIKO DIABETES
- Sejarah penyakit diabetes di dalam keluarga
- Berat badan berlebihan
- Umur 40 tahun keatas
- Sejarah bayi besar
- Sejarah menghidap diabetes semasa mengandung
KOMPLIKASI DIABETES
- Kegagalan fungsi buah pinggang
- Penyakit jantung dan strok
- Komplikasi pada mata
- Kerosakan saraf
- Pemotongan anggota badan
- Mati pucuk
PENGARUH DIABETES TERHADAP BADAN DAN BUAH PINGGANG ANDA
- Diabetes boleh merosakkan saluran-saluran kecil darah di dalam badan dan mempengaruhi buah pinggang, mata, kulit, saraf, otot, dan jantung.
- Paras gula yang tinggi akan menambahkan tugas buah pinggang mengakibatkan kerosakan pada unit penapis dalam buah pinggang dan seterusnya membawa kepada kebocoran protein ke dalam air kencing.
- Diabetes juga menambahkan risiko jangkitan saluran kencing kerana kandungan gula yang tinggi di dalam air kencing.
Pada peringkat awal, mungkin tiada tanda-tanda yang ditunjukan bagi masalah ini. Anda dinasihatkan berjumpa doctor bagi mendapatkan pemeriksaan protein di dalam air kencing.
Sekiranya kegagalan buah pinggang berlaku, anda mungkin mengalami :-
- Keletihan
- Rasa mual, muntah
- Bengkak pada kaki, pergelangan kaki, tapak kaki atau bengkak pada mata.
- Berat badan bertambah kerana cecair tidak dapat keluar
- Sesak nafas
Bagi mencegah penyakit buah pinggang oleh pengidap diabetes, pesakit haruslah :-
- Mengikuti rawatan yang ditetapkan bagi mengawal gula dalam darah
- Mengawal tekanan darah
- Mengawal paras kolesterol melalui makanan atau ubat-ubatan jika perlu
- Mendapatkan pemeriksaan kandungan protein dalam air kencing setiap tahun
- Mendapatkan pemeriksaan darah untuk fungsi buah pinggang
- Merawat jangkitan salur kencing di peringkat awal
- Amalkan makanan sihat yang tinggi serat, rendah lemak, rendah garam dan rendah kolesterol
- Bersenam 30 minit setiap hari, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan dapatkan berat badan unggul
- Berhenti merokok
Penulisan ini adalah tujuan pengetahuan sahaja, sila berumpa doctor untuk nasihat selanjutnya