Khasiat Tomato
Tomato mengandungi zat besi, fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan garam mineral yang penting untuk kecergasan dan kesihatan tubuh badan kita. Tomato yang kaya dengan zat A, C & astrogen dapat mencerahkan kulit kusam, mengecilkan liang roma dan menghapuskan minyak berlebihan di kulit. Pigmen merah pada kulit tomato mengandungi " lycopene" yang dapat mengurangkan risiko barah terutama barah prostat untuk orang lelaki dan sakit jantung. Tomato yang bersifat alkali mampu mengimbangi PH badan bagi mengelakkan sakit kepala, keletihan, susah tidur, sudah hadam, sakit otot dan sendi terutamanya di lutut. Kandungan air yang tinggi dalam buah tomato baik untuk mengalirkan toksin keluar dari badan ketika berdiet. Sifat anti-oksidan semulajadi tomato dapat membantu memulikan sel dan tisu, melancarkan aliran darah, menghalang pembengkakkan dan radang, anti bakteria, anti virus, pelindung alahan dan menambah kekuatan dan keanjalan salur darah.
Pasta Sedap & Sihat
Pasta kering biasanya dibuat dari tepung, telur, minyak soya dan air. Ia merupakan sumber kabohidrat ringkas yang memberi tenaga dan tidak mengemukkan jika diambil dengan kadar sederhana. Pasta boleh didapati dalam pelbagai bentuk memberikan kita pilihan mengikut ciptarasa masing-masing. 50g pasta biasanya membekalkan 760kj tenaga, 6g protein , 0.75g lemak , 37g kabohidrat, 0.3g gula dan 1.5mg garam sesuai untuk makan tengah hari bagi yang sedang berdiet.
Pasta kering biasanya dibuat dari tepung, telur, minyak soya dan air. Ia merupakan sumber kabohidrat ringkas yang memberi tenaga dan tidak mengemukkan jika diambil dengan kadar sederhana. Pasta boleh didapati dalam pelbagai bentuk memberikan kita pilihan mengikut ciptarasa masing-masing. 50g pasta biasanya membekalkan 760kj tenaga, 6g protein , 0.75g lemak , 37g kabohidrat, 0.3g gula dan 1.5mg garam sesuai untuk makan tengah hari bagi yang sedang berdiet.
RESIPI PASTA DAN SOS TOMATO UNTUK KURANGKAN BERAT BADAN
Bahan-bahan
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1 sudu besar minyak jagung.
1 ketul dada ayam direbus dengan seinci kayu manis dan carik-carik isinya.
1 sudu besar yogurd
3 biji buah tomato segar dikisar dengan 1 cawan air
1 mangkuk kecil pasta atau secekak spaghetti direbus selama 6 minit.
Sedikit serbuk lada hitam dan secubit garam sebagai penambah rasa.
( Ingat! garam menyebabkan air tertahan di dalam badan terutama di bawah kulit. Ia melambatkan proses pembakaran lemak dan mengakibatkan penakungan sisa buangan yang sepatutnya keluar melalui peluh. Jadi cuba minimumkan pengambilannya. )
Cara-cara
Sedikit serbuk lada hitam dan secubit garam sebagai penambah rasa.
( Ingat! garam menyebabkan air tertahan di dalam badan terutama di bawah kulit. Ia melambatkan proses pembakaran lemak dan mengakibatkan penakungan sisa buangan yang sepatutnya keluar melalui peluh. Jadi cuba minimumkan pengambilannya. )
Cara-cara
Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang besar hingga kekuningan.
Masukan daging ayam dan terus kacaukan hingga daging ayam kekuningan.
Masukan tomato yang telah dikisar, secubit garam dan sedikit serbuk lada hitam, kacau lagi hingga pekat lebih kurang 5 minit. Matikan api dan masukan yogurd dan kacau rata-rata. Sos yang sedap dan sihat telah pun siap!!!
Rebus pasta selama 6 minit toskan, sendukan ke dalam pinggan dan tuangkan sos diatasnya. Hidangan ini sedia untuk dimakan dan sesuai untuk makan tengahari bagi mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan.
Makanan Segar
Daging ayam boleh juga diganti dengan daging lembu atau makanan laut segar. Jauhkan makanan proses seperti sosej, bebola daging, burger daging, filet ikan dan sebagainya. Makanan mentah yang segar lebih elok untuk kesihatan berbanding makanan yang siap diproses.
Minyak jagung adalah rendah lemak, kaya dengan vitamin E dan bersifat antioxidan, harganya pun tak berapa mahal. 1 sudu besar minyak jagung biasanya mengandungi 135kcal tenaga, 15g lemak, 2g saturatesrates, 0 gula & 0 garam.
Khasiat Yogurd
Yogurd memberi rasa yang sedap pada hidangan diet. 1 sudu besar yogurd biasanya membekalkan 0.09kcal tenaga, 0.27g protein, 1.72g kabohidrat, 1.15g gula. dan 0.11 lemak. Ramuan pepejal susu dan kultur hidup yang terdapat di dalam yogurd sangat baik untuk kesihatan perut.
Lada hitam baik untuk organ dalaman badan, ia berkhasiat untuk memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah bagi mengatasi masaalah pening kepala dan membantu mengeluarkan angin dari dalam usus bagi melegakan perut kembung. Rasanya yang pedas menambahkan keenakan masakan.
Khasiat Bawang Besar
Bawang besar mengandungi vitamin C, potasium, serat, asid folic, kalsium, zat besi dan protein yang mampu menambahkan hormon testosterone bagi lelaki. Pengambilan bawang besar dalam diet dapat membantu menurunkan tahab kolesterol, tekanan darah tinggi, menentang jangkitan, melawaskan dan menyingkirkan batu karang.
Khasiat Kayu Manis
Kayu manis amat baik untuk diet. Ia mampu menghalang binaan lemak , menurunkan berat badan dan mengelak obesiti. Secara tradisional, kayu manis dipercayai dapat merawat penyakit pendengaran, bau mulut, influenze, senggugut dan menambah baik system imunisasi. Ada pendapat mengatakan dengan menambah sedikit serbuk kayu manis ke dalam makanan atau minuman boleh memanjangkan usia seseorang kerana ia bertindak sebagai anti penuaan dan agent awet muda.
Kita adalah apa yang kita makan, mengenali dan mengetahui apa kandungan makanan kita adalah kunci bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan bergaya seperti kita hajati...* napikl