BMI adalah pengiraan berat badan berbanding tinggi bagi mengketogarikan sama ada seseorang itu berbadan kurus, gemuk atau pun normal. Walaupun ia bukanlah peratusan sebenar lemak di dalam badan, BMI secara umumnya boleh digunakan sebagai panduaan bagi mengenalpasti sama ada seseorang itu mengalami masalah berat badan atau pun tidak.
Formula BMI
BMI = Berat ( kg )
______________
2
Tinggi ( meter )
Contoh
Berat badan = 65kg
Tinggi = 1.6m
BMI = 65 = 65 = 25.39 ( Gemuk)
____________ _______
1.6 x 1.6 2.56
Bagi memudahkan pengiraan, anda juga boleh mendapatkan calculator BMI dengan melayari www.Calculator.net
Carta BMI bagi lelaki dan wanita berusia 18 tahun dan keatas
Dibawah 16.5 - Terlalu kurus
16.5 - 18.5 - Kurus
18.5 - 25 - Normal
25 - 30 - Gemuk
Diatas 30 - Obese
Oleh kerana hanya berat badan dan ketinggian seseorang diambil kira dalam formula pengiraan BMI, maka factor saiz otot, saiz rangka dan beberapa factor lain menjadikan BMI bukanlah cara muktamat bagi mengenalpasti sama ada seseorang itu mengalami masaalah berat badan ataupun tidak. BMI adalah panduan umum yang sesuai untuk kebanyakan orang.