Pages

Thursday, 20 January 2011

NAK JADI BODYBUILDER?...DAH CUKUP UMUR KE?.....

Berapakah umur yang paling sesuai untuk mula menjadi seorang ahli Bina Badan?. Dari bacaan saya, kebanyakan buku berbahasa English mengatakan 16 tahun adalah umur yang sesuai,  tetapi pendapat peribadi saya, bagi kita di Malaysia umur 18 tahun adalah waktu terbaik untuk mula menceburi bidang sukan ini.

Nasihat saya kepada remaja yang masih di bangku sekolah, sertailah sukan yang dianjurkan di sekolah seperti Olahraga, Bola Sepak, Badminton atau anda boleh sertai kelab sukan seperti Tenis, Squash dan sebagainya. Anda boleh berlatih di gym 3 kali seminggu untuk membina kekuatan otot bagi meningkatkan pencapaian anda dalam sukan yang anda ceburi, jika anda berminat dalam bidang Bina Badan, selepas peperiksaan SPM adalah waktu terbaik untuk mula serius menjalani plan latihan sukan ini.

Seperti sukan-sukan yang lain, Bina Badan memerlukan displin, azam, masa, tenaga, burget dan ilmu untuk berjaya.  Jika anda bermula pada umur 18 tahun, dengan latihan dan diet yang betul anda boleh menyertai pertandingan katogari remaja pada usia 19 tahun dan saya yakin dengan kesungguhan, sebelum berusia 21 tahun, tidak mustahil bagi anda untuk berjaya di peringkat antarabansa. Pada usia 21 tahun, anda boleh menyertai kejohanan senior mengikut katogari berat badan. Sesuatu yang unik tentang sukan Bina Badan adalah anda masih boleh menyertai kejohanan walaupun berusia lebih 60 tahun dalam katogari Masters. Anda tidak pernah terlambat untuk mula menceburi dan berjaya dalam Seni Bina Badan.

Sukan Bina Badan berbeza dari sukan Bola Sepak dan sukan-sukan yang lain yang mempunyai peminat yang ramai dari berbagai lapisan masyarakat tetapi jika seseorang itu menceburi bidang ini, biasanya dia akan menjadi peminat setia dan sangat fanatik. Jika anda seorang pelajar, jangan sampai menganggu pelajaran anda dan jangan lupakan aktiviti sosial yang lain. Pengurusan masa adalah faktor yang membezakan kejayaan dan kekecewaan.

Nasihat saya kepada mereka yang baru mula menceburi bidang ini, ikuti plan/module latihan dan diet yang betul, rehat yang cukup untuk pemulihan tenaga dan binaan tisu. Anda mistilah mendapatkan pemeriksaan doctor bagi memastikan tubuh anda cukup sihat bagi menjalani apa-apa juga plan latihan & diet.

Satu lagi perkara yang paling penting adalah kesedaran penyalah gunaan Anabolic Steroids bagi mendapatkan hasil yang cepat. Anabolic Steroids adalah dadah yang digunakan bagi rawatan perubatan, penyalah gunaan dadah ini boleh mengakibatkan kegagalan jantung dan kancer hati. Jangan sesekali terpedaya oleh sesiapa atau apa-apa keadaan juga yang mengakibatkan sesalan dan kemudaratan diri sendiri. Jika anda didapati positif dadah ini, anda tidak akan dibenarkan menyertai apa-apa pertandingan dan kemenangan anda akan ditarik balik, malah anda juga akan didenda. Perkara ini adalah sangat-sangat malang bagi seorang ahli sukan.
  
Rajinkan membaca dan membuat rujukan bagi mendapatkan maklumat berkenaan teknik latihan, diet dan nutrition yang terbaik. Jika berlatih di gym awam, bertanyalah dengan ahli Bina Badan yang lebih berpengalam, walaupun kebanyakan ahli Bina Badan bertubuh besar dan berperwatakan serius,  sebenarnya kebanyakan dari kami tidaklah garang atau sombong. Bagi anda yang mampu berlatih di gym swasta, kebanyakan gym-gym ini ada menyediakan jurulatih, jadi janganlah malu bertanya. Satu perkara yang kita perlu ingat jika bertanya, bertanyalah dengan sopan dan rendah diri walaupun perkhidmatan itu termasuk didalam pakej keahlian yang kita bayar. 

Seperti sukan-sukan yang lain, kebersihan diri adalah amat-amat penting. Pastikan anda membawa tuala kecil untuk mengelap peluh, bersihkan diri dan tukar pakaian selepas berlatih di gym, jangan biar peluh kering di badan anda sehingga menyebabkan masalah kulit akibat bakteria. Penampilan kulit, rambut dan kekemasan diri diambil kira sewaktu pengadilan pertandingan.

Selamat berlatih.