Pages

Sunday, 16 January 2011

SUPERSETS UNTUK SUKAN BINA BADAN

Semakin lama anda bersenam di gym anda dapati semakin sukar untuk anda menambah kekuatan atau pun saiz otot, ini sering berlaku kepada ahli sukan Bina Badan ia dipanggil " Plateous" atau pendataran dalam prestasi. Disinilah SUPERSETS memainkan peranan memberi kelainan bagi mengelakan pendataran prestasi akibat tindabalas semulajadi badan kepada rutin latihan yang sama dan berulang-ulang.


SUPERSETS adalah gabungan 2 senamam tanpa rehat oleh otot-otot dari kumpulan yang sama atau berlainan dengan mengunakan bebanan yang lebih ringan. Untuk ahli sukan,  ia dilakukan dalam masa 45 minit hingga 1 jam dengan kadar rehat minimum untuk setiap set dan tidak sesuai untuk mereka yang baru bersenam.

Kelebihan SUPERSETS:-
  • Menjimatkan masa di gym dengan meminimumkan waktu rehat
  • Menambahkan repetition kerana melakukan 2 gerakkan dalam satu masa
  • Mempelbagaikan teknik latihan bagi mengurangkan rasa jemu.
  • Meningkatkan saiz otot 
  • Menambahbaik stamina dan kelasakan otot
SUPERSET boleh dilakukan dengan berbagai cara, dibawa saya terangkan secara ringkas diantara 6 senamam SUPERSETS yang biasa dilakukan.

Isolation Supersets
Senamam untuk bahagian otot sasaran bagi mendapatkan potongan badan yang dikehendaki atau membaik pulih selepas kecederaan. Ia biasanya dilakukan oleh ahli bina badan 4 minggu sebelum pertandingan untuk menyerlahkan otot-otot bahagian tertentu bagi merapikan proportion. 
Compound Supersets
Senamam secara menyeluruh untuk membesarkan  saiz otot-otot badan dalam masa singkat. Ia perlu dilakukan dengan pengawasan jurulatih ataupun training partner bagi mengelakan kecederaan. Selepas sesi senaman compound, badan  memerlukan masa rehat dan pemulihan yang lebih panjang.
Pre-Exhaustion Supersets
Dimulakan dengan Supersets Isolation dan diikuti dengan Supersets Compound. Cara ini dapat menambah kadar maximum kelasakan otot  tetapi akan mengurangkan kadar beban yang di angkat semasa senaman Compound.
Post-Exhaustion Supersets.
Senaman dimulakan dengan Compound Supersets dan diikuti dengan Isolaton Supersets.
Opposing Muscle Group
Sangat berkesan untuk membesarkan saiz otot kerana sepasang otot dari kumpulan yang berlawanan bekerja bergilir-gilir seperti otot Biceps dan Triceps.
Staggered Supersets
Gabungan senaman untuk otot besar dan kecil bagi tujuan melatih otot yang lemah memaximakan kekuatan dari minggu ke minggu. Contohnya senaman calf raises dan seated rows.

SUPERSETS sangat berkesan untuk membesarkan otot, meningkatkan kelasakan otot, membakar lemak bagi menyerlahkan keterampilan otot-otot dan merapikan propotion badan. Walaubagaimana, SUPERSETS tidak sesuai untuk membina kekuatan otot kerana ia mengunakan beban yang lebih ringan. SUPERSETS boleh dilakukan berselang-seli dengan jadual asal latihan Bina Badan.