Pages

Friday, 31 December 2010

KOLESTEROL

Kolesterol merupakan sejenis lemak seperti lilin yang dihasilkan oleh hati secara semulajadi untuk melindungi saraf, menghasilkan membran dan beberapa jenis horman. Tetapi kolesterol berlebihan akan melekat pada dinding arteri dan membentuk plak yang mengakibatkan penyakit arteri koronari (jantung). Kebanyakan kolesterol dihasilkan oleh badan kita, hanya sebahagian datang daripada sumber makanan seperti telur, daging dan hasil tenusu.

Jenis-jenis Kolesterol
  • Kolesterol buruk-Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL)
  • Kolesterol baik - Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL)
  • Trigliserida - lemak yang didapati daripada makanan.


Penyebab Kolesterol Tinggi
  • Makanan yang mengandungi lemak tepu dan kolesterol tinggi
  • Berat badan berlebihan
  • Gaya hidup kurang aktif
  • Berumur
  • Keturunan
  • Merokok

Komplikasi Akibat Kolesterol Tinggi
  • Strok
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang kronik
Biasanya tiada tanda-tanda terhadap kolesterol tinggi, oleh itu berbincanglah dengan doktor tentang pemeriksaan tahap kolesterol anda, lebih-lebih lagi jika anda:-
  • Seorang perokok
  • Mempunyai berat badan berlebihan
  • Pernah mengalami serangan jantung
  • Sejarah keluarga yang berpenyakit jantung
  • Sejarah mempunyai tekanan darah tinggi dan diabetes.

Ubah Cara Hidup Anda Sebelum Terlambat.
  • Berhenti merokok! merokok boleh merendahkan paras kolesterol baik (HDL) dimana keadaan ini menambah risiko penyakit jantung.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi.
  • Makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, jagung dan pasta. Makanan yang berserat tinggi ini dapat menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.
  • Elakan makanan yang tinggi lemak tepu dan kolesterol seperti daging.
  • Kurangkan penggunaan mentega, marjerin, mayonis dan krim semasa memasak.