Masa tu, lagi seminggu aku nak bertanding Mr.KL 2004. Sebagai juara bertahan tekanan memang terasa sangat. Diet 100% no nasi, no gula , no garam & no minyak....high protein & buah-buahan je...Latihan superset & kadio di gym memang amat-amat meletihkan. Seminggu sebelum bertanding adalah waktu kritikal seorang bodybuilder, maklumlah dah diet 9o hari, masa 7 hari terakhir terasa amat lama. Hanya kekuatan mental menentukan kalah atau memang, maju atau undur diri. Masa ini keluarga dan kawan-kawan yang memang dah faham tak akan ajak bersembang ...
Entah macammana masa aku tengah fokus buat superset kat gym Wangsa Maju, seorang mamat ni datang dan bertanya macam-macam soalan. Satu aku jawap satu lagi dia tanya... tekanan betul!!!!.tapi sebagai ahli sukan kita memang dilatih kawal tekanan dan keadaan. Aku pun stop superset dan ambil dua dumbell 5kg dan tujukan kat mamat tu cara latihan biceps & triceps. Mamat tu suka habis dan mula berlatih beberapa gerakan yang aku ajar, aku tengok dia bersungguh-sungguh dan tak kacau aku lagi...
Selepas Mr.KL 2004, aku jarang ke gym Wangsa Maju kerana telah berpindah rumah. Beberapa minggu lepas, aku jalan-jalan ke gym Wangsa Maju, saja nak jumpa dan sembang dengan kawan-kawan lama. Terperanjat betul aku!!! bila berjumpa semula dengan mamat tu, aku tanya kat dia " Macammana kau exercise ni, kau nak jadi ketam ke ?' dia jawap " Saya seronok sangat abang ajar saya exercise, tiap-tiap hari saya buat apa yang abang ajar, saya rasa badan saya dah cantik lah ni, kalau pakai baju tak ada lengan rasa manco habis, kawan-kawan pun banyak yang tanya macammana saya exercise". Aku nak tergelak pun ada rasa menyesal pun ada, kalaulah aku luangkan sedikit masa ajar mamat ni betul-betul dulu tak lah dia jadi KETAM tangan punyalah besar biceps & triceps dia tapi badan,,, alamak bro!!! kenapa tak cutting-up . Aku kata kat dia tak terlambat lagi nak betulkan semula Overall Proportion badan dia. Aku buatkan dia jadual latihan dan terangkan serba-sedikit tentang makanan...tahu apa dia jawap!! " Saya sukalah badan saya macam ni bang, nampak ganas habis kalau pakai t-shirt tak ada lengan"... Eeehhh budak ni tak habis-habis dengan baju tak ada lengan dia...tekanan betul!!!...*napiKL