Pages

Saturday, 25 December 2010

NAK BADAN SIHAT BERGAYA...? JALAN-JALANLAH DI BLOG SAYA

Masa berlatih gym, adalah menjadi perkara biasa jika ada yang datang bertanya berkenaan teknik latihan & cara pemakanan. Soalan biasa yang aku dengar dari budak-budak lelaki adalah, " Macam mana nak besarkan badan?" biasanya aku akan bertanya semula, sajalah nak sakat budak-budak tu," Kenapa nak besarkan badan, nak jadi gajah ke?".
" Eee bukan nak jadi gajahlah bang, nak jadi bodybuilder". Ada pula yang menjawap, " Eh tak kan nak jadi gajah pulak bang, nak badan cantik bergaya macam model". Soalan standard dari golongan wanita pula adalah " Macam mana nak kuruskan badan". Aku pun pelik, kenapa orang perempuan ni suka sangat nak kuruskan badan. Bagi aku wanita yang tak berapa kurus lebih kelihatan berseri, bertenaga dan menarik, dalam ertikata lain lebih seksilah.
Latihan dan diet untuk jadi seorang ahli bina badan adalah berbeza berbanding hendak membentuk badan cantik bergaya seorang model. Begitu juga bagi wanita yang belum berkahwin berbanding wanita yang telah melahirkan anak, latihan dan diet mereka juga tak sama. Latihan dan diet seorang individu berbanding individu lain juga tidak semestinya serupa untuk tujuan dan hasil yang sama. Bukankah setiap insan itu unit, berbeza dan istemewa....
Di blog ini, selain untuk catatan peribadi, aku harap dapatlah perkongsi ilmu dan pengalaman aku sepanjang lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia fitness. Kalau ada yang nak berkongsi cerita dan feedback adalah sangat-sangat dialu-alukan. Sebarang kesilapan atau terlepas pandang sepanjang penulisan, terlebih dahulu aku memohon maaf....*napiKL